Lagu pembukaan konsert berkonsep berpesta. Pakaian yang diberi kepada pelajar seterusnya berkonsep 'fancy dress party'. Pelajar perempuan diberi pakaian ala moulin rouge, manakala pelajar lelaki membawa watak watak tertentu seperti Shawal - Austin Powers, Ebi - Tom Jones dan Aswad walaupun tak menari - Elvis Presley.
Heliza
Heliza
Genre lagu yang agak sama dengan minggu sebelumnya. Tempo lagu yang pantas diiringi dengan pergerakan tubuh semestinya memerlukan pakaian berseluar untuk Heliza. Untuk Heliza kami harus mengimbangi imejnya diantara sopan dan ranggi (rugged). Kami amat peka dengan keadaan Heliza yang bertudung dan untuk itu koordinasi yang di beri adalah 'dress' dari fabrik net dipadankan dengan pakaian dalam berwarna hitam. Dress net merah disulami dengan lace berwarna emas. Imej keseluruhan yang terhasil adalah satu koordinasi yang 'up-to-date', ranggi tetapi mengekalkan ciri ciri feminin.
Candy
Lagu Cahaya Cinta, satu komposisi yang agak komplex, penuh dengan emosi. Komposernya Datuk Siti Nurhaliza sendiri dan lagu ini ditujukan khas untuk suaminya yang tercinta. Selepas sessi 'brain-storming' dengan penerbit, kami berpendapat koordinasi baju untuk lagu ini perlu mempunyai konsep - kostum teater! Dalam penerbitan teater, elemen elemen seperti warna, bentuk, garisan, termasuk kostum semuanya diberi penekan (emphasis). Kedudukan pentas dengan penonton yang agak jauh menuntut elemen elemen ini bersifat besar dan jelas, lantas gaun labuh dengan sulaman dan lukisan tangan bunga bungaan diberi kepada Candy. Pakaian ini agak 'exaggerated' dan tidak memerlukan apa apa aksesori sebagai pelengkap.
Sekali lagi kami tidak mengambil kira imej penyanyi asal. Imej yang diberi disesuaikan dengan personaliti Aswad. Jaket dan seluar berwarna neutral dipadankan dengan kemeja bercorak.
Ebi
Lagu bergenre balada rock - salah satu genre muzik yang kerap digunakan dalam musim ini. Kami cuba lari daripada menterjemah nya secara literal, sebaliknya cuba lebih memberi fokus pada personaliti Ebi. Yang terhasil adalah koordinasi baju 'knitwear' dipadankan dengan seluar 'cargo' denim. Koordinasi ini nampak simple tetapi ia adalah satu rekaan yang paling menarik untuk konsert 9 ini. Baju dari koleksi 'art-to-wear' Jasmi Rejab direka dengan bermotif ukiran Sarawak pada lengan baju sebelah kanan. Keseluruhan baju berwarna gelap, dari segi rekaan agak 'monotonous'. Untuk memecah monotoni dan memberi tumpuan kepada koordinasi ini, motif 'linear' Sarawak diletak pada kengan baju tersebut.





No comments:
Post a Comment