Thursday, May 17, 2007

blog gaya

Pelajar AF5
















Lagu pembukaan konsert berkonsep berpesta. Pakaian yang diberi kepada pelajar seterusnya berkonsep 'fancy dress party'. Pelajar perempuan diberi pakaian ala moulin rouge, manakala pelajar lelaki membawa watak watak tertentu seperti Shawal - Austin Powers, Ebi - Tom Jones dan Aswad walaupun tak menari - Elvis Presley.


Heliza













Genre lagu yang agak sama dengan minggu sebelumnya. Tempo lagu yang pantas diiringi dengan pergerakan tubuh semestinya memerlukan pakaian berseluar untuk Heliza. Untuk Heliza kami harus mengimbangi imejnya diantara sopan dan ranggi (rugged). Kami amat peka dengan keadaan Heliza yang bertudung dan untuk itu koordinasi yang di beri adalah 'dress' dari fabrik net dipadankan dengan pakaian dalam berwarna hitam. Dress net merah disulami dengan lace berwarna emas. Imej keseluruhan yang terhasil adalah satu koordinasi yang 'up-to-date', ranggi tetapi mengekalkan ciri ciri feminin.

Mila















Lagu ciptaan baru tetapi bermirip rentak 60'an. Kami telah menterjemahkan sebagai satu bentuk koordinasi retro. Baju atas nya dari jenis kain chiffon dengan sulaman tabur diseluruh baju tersebut. Dipadankan pula dengan 'legging' berwarna perak. Kami telah memberi Mila kasut bertali berwarna perak juga tetapi Mila tidak selesa dan telah ditukar kepada yang berwarna hitam. Aksesori gelang, choker dan anting anting diberi sebagai pelengkap.

Candy














Lagu Cahaya Cinta, satu komposisi yang agak komplex, penuh dengan emosi. Komposernya Datuk Siti Nurhaliza sendiri dan lagu ini ditujukan khas untuk suaminya yang tercinta. Selepas sessi 'brain-storming' dengan penerbit, kami berpendapat koordinasi baju untuk lagu ini perlu mempunyai konsep - kostum teater! Dalam penerbitan teater, elemen elemen seperti warna, bentuk, garisan, termasuk kostum semuanya diberi penekan (emphasis). Kedudukan pentas dengan penonton yang agak jauh menuntut elemen elemen ini bersifat besar dan jelas, lantas gaun labuh dengan sulaman dan lukisan tangan bunga bungaan diberi kepada Candy. Pakaian ini agak 'exaggerated' dan tidak memerlukan apa apa aksesori sebagai pelengkap.
Aswad















Sekali lagi kami tidak mengambil kira imej penyanyi asal. Imej yang diberi disesuaikan dengan personaliti Aswad. Jaket dan seluar berwarna neutral dipadankan dengan kemeja bercorak.

Ebi











Lagu bergenre balada rock - salah satu genre muzik yang kerap digunakan dalam musim ini. Kami cuba lari daripada menterjemah nya secara literal, sebaliknya cuba lebih memberi fokus pada personaliti Ebi. Yang terhasil adalah koordinasi baju 'knitwear' dipadankan dengan seluar 'cargo' denim. Koordinasi ini nampak simple tetapi ia adalah satu rekaan yang paling menarik untuk konsert 9 ini. Baju dari koleksi 'art-to-wear' Jasmi Rejab direka dengan bermotif ukiran Sarawak pada lengan baju sebelah kanan. Keseluruhan baju berwarna gelap, dari segi rekaan agak 'monotonous'. Untuk memecah monotoni dan memberi tumpuan kepada koordinasi ini, motif 'linear' Sarawak diletak pada kengan baju tersebut.
















































































































































































































































Aswad


Nama SamaranASWAD
Nama Penuh : MUHAMMAD NUR ASWAD BIN JAFAR
Bangsa : MELAYU
Umur : 27 TAHUN
Asal : PULAU PINANG
Tarikh Lahir : 9 NOVEMBER 1980
Tinggi : 178 CM
Berat : 60 KG
Hobi : MENYANYI & BERSUKAN
Penyanyi Idola : MUS (MAY)
Deskripsi : Anak yatim piatu yang dibesarkan oleh abang-abang dan kakak-kakaknya. Seorang peminat setia muzik rock. Usahawan kecil yang tabah menghadapi apa juga rintangan dan dugaan.
Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi?
Sewaktu berumur 15 tahun saya telah membuat persembahan di rumah orang kahwin
Pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Di Yamaha Music School
Apakah bakat lain yang anda miliki?
Berlakon dan mencipta lagu
Jika bukan nyanyian, apakah bakat lain yang anda ingin ada?
Stunt Man (pelakon aksi ngeri)
Jika anda tidak terpilih ke Akademi Fantasia, apakah yang akan anda lakukan sekarang?
Saya akan mencuba program realiti tv yang lain selagi belum melebihi had umur
Apakah matlamat hidup anda?
Ingin berjaya di dalam bidang yang diceburi
Apakah album terbaru yang anda miliki?
Mawi
Siapakah Juara Akademi Fantasia pilihan anda?
Mawi
Apakah yang akan anda lakukan sebelum membuat persembahan?
Berlatih dan belajar
Perkara paling memalukan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Kena rotan
Apakah saat yang paling membanggakan dalam hidup anda?
Apabila matlamat saya tercapai
Apakah kelas yang paling anda tunggu-tunggu dalam Akademi?
Kelas menari dan menyanyi
Sepanjang hidup anda, apakah halangan paling besar yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Dihalang untuk pergi ke pengembaraan di dalam hutan pada tahun 1993.Pengalaman paling manis/pahit sewaktu sesi Ujibakat?
Apabila diberikan peluang untuk membuktikan bakat menari tetapi pada tahun 2006 saya hanya mendapat kad merah
Berapa peratuskah peluang anda untuk menjadi Juara AF5?
50%
Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2000 - 2007
1. Tsunami
2. Perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza
3. TsuMawi
Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Tidak membenarkan manusia menggunakan bahanapi kerana ia mencemarkan alam sekitar
Jika anda menjadi Wakil Rakyat, apakah yang akan anda lakukan kepada kawasan anda?
Ingin menaiktarafkan kawasan saya dengan menyediakan pembangunan yang sewajarnya
Jika anda terdampar di sebuah pulau, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama? (3 sahaja)
1. Kawan
2. Abang
3. Telefon bimbit
Jika anda meminati haiwan, apakah haiwan kegemaran anda?
Kucing
Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
King Kong kerana ia terlalu besar dan tidak mengganggu haiwan lain
Sebutkan 3 keunikan yang ada pada diri anda?
1. Mampu membaca isi hati
2. Boleh meramal
3. Menyanyi

Ebi


Nama SamaranEBI
Nama Penuh : EBI KORNELIS @ FIRDAUS BIN YAIMAL
Bangsa : MELAYU
Umur : 23 TAHUN
Asal : KOTA KINABALU, SABAH
Tarikh Lahir : 14 NOVEMBER 1983
Tinggi : 177 CM
Berat : 71 KG
Hobi : BERMAIN GITAR & BERSUKAN
Penyanyi Idola : JAMAL ABDILLAH
Deskripsi : Jejaka yang aktif bersukan ini pernah menjadi atlit olahraga di peringkat kebangsaan. Seorang yang fokus dan bersungguh-sungguh dalam apa jua yang dilakukan.
Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi?
Terlupa lirik kerana terlalu gementar
Pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Tidak
Apakah bakat lain yang anda miliki?
Bermain gitar
Jika bukan nyanyian, apakah bakat lain yang anda ingin ada?
Tiada
Jika anda tidak terpilih ke Akademi Fantasia, apakah yang akan anda lakukan sekarang?Bekerja sebagai pemain bass sepenuh masa
Apakah matlamat hidup anda?
Ingin membuat perubahan dalam hidup keluarga
Apakah album terbaru yang anda miliki?
Aku Pencintamu oleh Felix
Siapakah Juara Akademi Fantasia pilihan anda?
Mawi
Apakah yang akan anda lakukan sebelum membuat persembahan?
Berdoa supaya diberikan ketenangan
Perkara paling memalukan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Suara mendatar sewaktu sesui ujibakat sebuah pertandingan nyanyian
Apakah saat yang paling membanggakan dalam hidup anda?
Menang Acara 4x100m SUKMA dan terpilih sebagai calon pelajar AF5
Apakah kelas yang paling anda tunggu-tunggu dalam Akademi?
Kelas Vokal
Sepanjang hidup anda, apakah halangan paling besar yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Halangan mendaftar ke sebuah universiti tempatan kerana punca kewangan yang tidak menentu
Pengalaman paling manis/pahit sewaktu sesi Ujibakat?
Disuruh menyanyi poco-poco dengan tariannya sekali dan borang sesi ujibakat kehabisan di hari pertama
Berapa peratuskah peluang anda untuk menjadi Juara AF5?
85%
Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2000 - 2007
1. Sukan Malaysia 2005 di Negeri Sembilan
2. Perkahwinan Erra Fazira dan Yusry KRU
3. Sukan SEA di Kuala Lumpur pada tahun 2001
Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Ingin menghapuskan kezaliman
Jika anda menjadi Wakil Rakyat, apakah yang akan anda lakukan kepada kawasan anda?
Ingin menyediakan bekalan elektrik kepada orang kampung
Jika anda terdampar di sebuah pulau, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama? (3 sahaja)
1. Mama
2. Periuk nasi
3. Gitar
Jika anda meminati haiwan, apakah haiwan kegemaran anda?Kucing
Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?Singa kerana singa merupakan Raja Haiwan
Sebutkan 3 keunikan yang ada pada diri anda?1. Mempunyai rambut kerinting2. Pemaaf3. Bermata kuyu

Candy


Nama SamaranCANDY
Nama Penuh : CANDRA BINTI CLEMENT Bangsa : KADAZAN DUSUN
Umur : 18 TAHUN
Asal : TAMBUNAN, SABAH
Tarikh Lahir : 11 MEI 1989
Tinggi : 153 CM
Berat : 50 KG
Hobi : MENYANYI, MENARI & BELAJAR MUZIK
Penyanyi Idola : DATO' SITI NURHALIZA
Deskripsi : Gadis desa yang dibesarkan dalam keadaan yang serba kekurangan. Anak ketiga daripada tujuh orang adik beradik ini cekal menempuhi dugaan hidup sehingga sanggup mengorbankan kerjaya untuk menyertai AF5.
Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi?
Tiada pengalaman menyanyi sebelum ini
Pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Tidak pernah
Apakah bakat lain yang anda miliki?
Melukis, menari dan berlakon
Jika bukan nyanyian, apakah bakat lain yang anda ingin ada?
Menilik nasib orang
Jika anda tidak terpilih ke Akademi Fantasia, apakah yang akan anda lakukan sekarang?Menolong ibu bapa di kampung
Apakah matlamat hidup anda?
Ingin menjadi seorang yang berjaya dengan cemerlang
Apakah album terbaru yang anda miliki?
Tiada
Siapakah Juara Akademi Fantasia pilihan anda?
Mawi
Apakah yang akan anda lakukan sebelum membuat persembahan?
Berlatih dan berdoa
Perkara paling memalukan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Tiada
Apakah saat yang paling membanggakan dalam hidup anda?
Cemerlang dalam bidang sukan
Apakah kelas yang paling anda tunggu-tunggu dalam Akademi?
Kelas Tarian dan Kelas Vokal
Sepanjang hidup anda, apakah halangan paling besar yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Pada mulanya ayah tidak membenarkan saya untuk menyanyi
Pengalaman paling manis/pahit sewaktu sesi Ujibakat?
Tiada
Berapa peratuskah peluang anda untuk menjadi Juara AF5?
50/50
Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2000 - 2007
1. Pembinaan Mydin yang terbesar di Subang Jaya
2. Yuran SPM telah disubsidi oleh kerajaan
3. Perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza
Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Menjadikan dunia begitu bahagia tanpa peperangan
Jika anda menjadi Wakil Rakyat, apakah yang akan anda lakukan kepada kawasan anda?
Saya akan penuhkan berbagai-bagai bendera luar negara di kawasan saya
Jika anda terdampar di sebuah pulau, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama? (3 sahaja)
1. Kawan
2. Ibu
3. Teman lelaki
Jika anda meminati haiwan, apakah haiwan kegemaran anda
?Monyet
Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa
?Rama-rama kerana berkebolehan untuk menghisap madu dan bebas terbang
Sebutkan 3 keunikan yang ada pada diri anda?1
. Pandai melukis potret
2. Pandai memasak
3. Kecil molek

Mila


Nama SamaranMILA
Nama Penuh : NORSYARMILLA BINTI JIRIN
Bangsa : MELAYU
Umur : 19 TAHUN
Asal : PULAU PINANG
Tarikh Lahir : 23 DISEMBER 1987
Tinggi : 148 CM
Berat : 40 KG
Hobi : MENYANYI, MENARI & MEMBACA NOVEL
Penyanyi Idola : ANITA SARAWAK
Deskripsi : Gadis cili molek yang bersifat manja dan mempunyai pertalian yang terlalu rapat dengan keluarga. Membantu menambahkan pendapatan keluarga dengan menjual suara walaupun masih belajar.
Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi?
Mengadakan persembahan di Kilang Robert Bosch sempena Majlis Makan Malam Tahunan dan menyanyi sewaktu hari perpisahan di sekolah
Pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Tidak
Apakah bakat lain yang anda miliki?
Menari
Jika bukan nyanyian, apakah bakat lain yang anda ingin ada?
Berlakon & mencipta lagu
Jika anda tidak terpilih ke Akademi Fantasia, apakah yang akan anda lakukan sekarang?Meneruskan persembahan di hotel-hotel sekitar Pulau Pinang
Apakah matlamat hidup anda?
Ingin menjadi seorang yang berjaya dan menjadi kebanggaan keluarga
Apakah album terbaru yang anda miliki?
Cerita Cinta oleh Datuk Siti Nurhaliza
Siapakah Juara Akademi Fantasia pilihan anda?
Zahid
Apakah yang akan anda lakukan sebelum membuat persembahan?
Berselawat dan cuba untuk menenangkan diri dan berfikiran positif
Perkara paling memalukan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Terjatuh dari basikal dan motosikal
Apakah saat yang paling membanggakan dalam hidup anda?
Apabila dipilih menjadi calon pelajar Akademi Fantasia 5
Apakah kelas yang paling anda tunggu-tunggu dalam Akademi?
Kelas Vokal dan Kelas Tarian
Sepanjang hidup anda, apakah halangan paling besar yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Ingin menyambungkan pelajaran tetapi menghadapi masalah kewangan
Pengalaman paling manis/pahit sewaktu sesi Ujibakat?
Menghadapi kesulitan untuk mencari hotel tempat sesi Ujibakat di Alor Setar
Berapa peratuskah peluang anda untuk menjadi Juara AF5?
50%
Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2000 - 20071. Tsunami
2. Tahun Melawat Malaysia 2007
3. Black-out di Prangin Mall
Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Merubah nasib rakyat yang tertindas oleh kuasa zalim Amerika Syarikat
Jika anda menjadi Wakil Rakyat, apakah yang akan anda lakukan kepada kawasan anda?Meninjau tahap kesihatan dan kebajikan warga kampung
Jika anda terdampar di sebuah pulau, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama? (3 sahaja)
1. Mancis
2. Makanan
2. Pakaian sejuk
Jika anda meminati haiwan, apakah haiwan kegemaran anda?
Kucing
Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Ingin menjadi kucing kerana kucing sejenis haiwan yang comel
Sebutkan 3 keunikan yang ada pada diri anda?
1. Boleh memasak
2. Boleh menari
3. Manja

Heliza















Nama SamaranHELIZA
Nama Penuh : NUR HELIZA BINTI HELMI
Bangsa : MELAYU
Umur : 21 TAHUN
Asal : KUALA TERENGGANU
Tarikh Lahir : 3 FEBRUARI 1986
Tinggi : 155CMBerat : 42 KG
Hobi : MENYANYI & MEMBELI-BELAH
Penyanyi Idola : DATO' SITI NURHALIZA
Deskripsi : Gadis bertudung petah bercakap. Seorang yang cerdik dan cemerlang dalam pelajaran. Matanya adalah asset dan senjata untuknya kerana apabila dia memandang pasti ramai yang terpegun dengan pandangannya.
Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi?
Sewaktu kanak-kanak berumur 5 tahun
Pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Tidak
Apakah bakat lain yang anda miliki?
Menari dan mendeklamasi sajak
Jika bukan nyanyian, apakah bakat lain yang anda ingin ada?
Menjadi Pakar Motivasi
Jika anda tidak terpilih ke Akademi Fantasia, apakah yang akan anda lakukan sekarang?
Masih belajar di Universiti Malaysia Sabah
Apakah matlamat hidup anda?
Jika kita ingin mencapai kecemerlangan kita mesti mencari peluang dalam setiap kerumitan, bukan mencari kerumitan dalam setiap peluang
Apakah album terbaru yang anda miliki?
Heart
Siapakah Juara Akademi Fantasia pilihan anda?
Mawi
Apakah yang akan anda lakukan sebelum membuat persembahan?
Tenang, tarik nafas dalam-dalam dan ingat lirik
Perkara paling memalukan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Tiada
Apakah saat yang paling membanggakan dalam hidup anda?
Bila mengecapi kejayaan
Apakah kelas yang paling anda tunggu-tunggu dalam Akademi?
Kelas Vokal dan Kelas Tarian
Sepanjang hidup anda, apakah halangan paling besar yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Halangan...dugaan untuk membuat pilihan sama ada untuk masuk Akademi Fantasia atau pun menangguh pengajian
Pengalaman paling manis/pahit sewaktu sesi Ujibakat?
Telah lulus semua peringkat sesi Ujibakat
Berapa peratuskah peluang anda untuk menjadi Juara AF5?
50%
Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2000 - 20071. Perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza
2. Mawi menang besar dalam setiap majlis anugerah yang disertainya
3. Tahun Melawat Malaysia 2007
Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Menebalkan lapisan ozon dan menghalang peperangan daripada berlaku
Jika anda menjadi Wakil Rakyat, apakah yang akan anda lakukan kepada kawasan anda?Membangunkan kawasan dengan kemudahan infrastruktur dan memasang skrin besar untuk pelanggan Astro
Jika anda terdampar di sebuah pulau, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama?(3 sahaja)
1. Abah
2. Mama
3. Kawan
Jika anda meminati haiwan, apakah haiwan kegemaran anda?
Labi-labi dan ikan emas
Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Kucing kerana kucing kebiasaannya selalu disayangi dan dimanja
Sebutkan 3 keunikan yang ada pada diri anda?
1. Ada personaliti
2. Boleh bercakap bahasa dari pelbagai daerah
3. Bertudung